Thursday, 25 June 2015

Gambar Anak Tomok Di Laman Lucah

06:44:00

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Tomok terkejut apabila dimaklumkan mengenai paparan gambar anaknya pada sebuah laman web lucah yang sama seperti dialami pelawak Harith Iskander, malam tadi.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, dia mahu memeriksa dahulu gambar-gambar anak sulungnya Arrianshah Akid, tiga tahun, seperti yang didakwa sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"Memang mengejutkan sebab hal ini membabitkan kanak-kanak dan pornografi. Saya dapat tahu pada awal pagi tadi ketika berada di studio rakaman apabila seorang kawan memaklumkan status abang Harith di Facebook malam tadi.

"Bila saya baca ternyata gambar anak saya pun ada juga. Saya ada bercakap dengan isteri mengenai hal ini dan kita tengok nanti apa langkah seterusnya saya akan buat. Mungkin saya pun akan buat laporan juga," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Harith sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sekitar jam 10 pagi tadi dan disusuli laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kekecohan timbul sejak tengah malam tadi apabila Harith dilaporkan meluahkan rasa jijik kerana gambarnya dan anak sulung dimuat naik di sebuah laman web lucah baru-baru ini mencuri perhatian umum sejak malam tadi.

Difahamkan, laman web itu dikendalikan oleh pihak tidak bertanggungjawab di luar negara.

Selain Tomok dan Harith, ia turut memaparkan gambar anak pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal, Erra Fazira

0 comments