Pasangan suami isteri yang dipercayai telah mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun kini sedang diburu oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Namun, pasangan suami isteri ini dikatakan telah melarikan diri ke negara jiran, Thailand selepas kejadian itu untuk bersembunyi.
Pihak polis juga telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangkap dua suspek berkenaan secepat mungkin.
Mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin ditemui dengan keadaan badannya yang terdapat kesan kecederaan lama dan baru termasuk parut hampir seluruh badan.
0 comments