Friday, 29 April 2016

MENYERAMKAN !!! Kisah BENAR Misteri Jalan Karak Yang Masih Ramai Tidak Tahu !

21:10:00


SEBENARNYA Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak (baru). Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan bermisteri, pasti Karak akan tersenarai. Sememangnya makhluk halus ini wujud iaitu daripada syaitan dan jin yang sentiasa menggangu manusia. Tidak hairanlah sebut sahaja dengan tempat yang di anggap 'keras' di kaitkan dengan gangguan makhluk halus. Mana tak nya kisah Karak ini sampai di filemkan bagi menyampaikan kisah seram yang berlaku di Karak. Entri kali ini penulis berkongsi mengenai kisah benar yang berlaku di KARAK yang di ambil daripada forum bebas di dalam blog-blog bebas. 

Berikut ialah cerita-cerita misteri yang berlaku di Lebuhraya Karak dan Jalan lama Karak-Bentong…Sememangnya cerita ini adalah benar, wallahualam:

a. Lebuhraya Karak 

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland. 

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 buah kereta. 

2. Kalau anda semua perasan di Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang), banyak lori berhenti pada waktu malam (tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”. 

3. Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan diganggu selepas terowong karak..'dia' akan potong kereta mangsa dan selepas itu 'dia' akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga…....... 

4. Penemuan Kereta Misteri (seingat penulis, kejadian ini baru juga berlaku)

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri. 

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. 

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. 
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi. 
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik. Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Ketika kembali kali kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula. Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!  

0 comments