Friday, 8 April 2016

TAHNIAH !! Hafidz Roshdi sudah bertunang..sama cantik sama handsome !!

20:50:00


PETALING JAYA: Pelakon baharu yang dikenali menerusi drama Tundukkan Playboy Itu, iaitu Hafidz Roshdi mengesahkan dia sudah bertunang pada 5 Disember 2015 dengan seorang pelajar kolej swasta.
Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 22, bagaimanapun berkata, dia tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat berikutan wanita itu juga masih menuntut peringkat peringkat ijazah.
“Saya sudah bertunang Disember tahun lalu dengan seorang wanita yang saya kenali sudah lima tahun semenjak kami di zaman sekolah lagi.
“Dia berasal dari Kedah dan kami merancang untuk berkahwin dalam setahun atau dua tahun lagi. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan identiti dia kepada umum termasuk di laman sosial,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Hafidz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar pertunangannya yang tersebar di internet.
Sementara itu, ditanya tentang keputusan untuk bertunang ketika sedang meraih populariti, Hafidz berkata, dia tidak merasakan perkara itu boleh menjejaskan namanya yang kini sedang meningkat naik.
“Saya tidak bimbang atau rasa bercinta, bertunang atau berkahwin boleh menjadi masalah kepada kerjaya lakonan. Apa yang penting ialah rezeki di daripada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hafidz turut ditanya tentang gosip Ahad lalu bahawa dia kini sudah mula besar kepala dan tidak berdisiplin dia berkata, ia mungkin salah faham.
Dia sudah maklumkan dengan pihak penganjur bahawa tidak dapat hadir ke acara berkenaan atas sebab-sebab tertentu.
“Pada awalnya saya memang ada hal yang tidak boleh dielakkan, saya sudah beritahu pada mereka tentang itu.
“Namun saya datang juga walaupun agak terlewat, saya juga meminta maaf jika ada pihak yang terasa hati dengan kelewatan tersebut,” ujarnya.
Hafidz membintangi drama Tundukkan Playboy Itu yang bersiaran di slot Akasia TV3 bersama pelakon Uqasha Senrose dan Alif Satar.
SUMBER : mStar

0 comments