Setiap insan yang berjaya, pasti mempunyai pengalaman pahit mereka tersendiri kerana kejayaan tidak datang dengan mudah.
Pengalaman ditipu oleh rakan kongsinya sendiri sehingga mengakibatkan dirinya berhutang sehingga RM8juta menjadikan aktor Fizo Omar lebih cekal dan kuat untuk kembali bangkit dalam dunia perniagaan.
Mengakui sikapnya dulu yang terlalu mempercayai rakan kongsi di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan benar-benar memakan diri.

“Saya ‘terduduk’ mendengar berita itu. Ibu saya menangis tidak henti manakala saya hampir pitam memikirkan di mana mahu cari duit sebanyak itu untuk membayar hutang kepada pihak bank. Lebih membebankan perasaan, bukan saya yang berhutang, tetapi mereka menipu tandatangan saya”
“Semuanya berlaku kerana saya tidak tahu selok-belok perniagaan dan terlalu percayakan rakan kongsi. Perkhabaran itu seperti halilintar membelah bumi hingga saya jadi hilang punca. Dalam kekalutan itu, saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya temu bual dalam program Nasi Lemak Kopi O.
“Dua tahun dia ajak saya ke program itu, tetapi saya sering beri alasan sibuk. Dugaan itu (hutang) buat saya sedar perlu melakukan sesuatu dan Dr Azizan adalah mentor yang membimbing hingga berjaya seperti hari ini.
“Kes RM8 juta itu masih dalam siasatan, namun kata-kata semangat dan dorongan Dr Azizan buka mata saya untuk melihat masalah sebenarnya peluang untuk mencipta kejayaan dan kehidupan lebih cemerlang,” katanya.
Mensyukuri setiap peluang dan ruang yang dikecapi, Fizo kini setanding pakar motivasi terkenal lain, malah melakar nama sebagai usahawan berjaya.
Bermula dengan perniagaan Hot Burger bertujuan membantu anak bangsa memperbaiki kehidupan mereka, Fizo kini berjaya menubuhkan beberapa syarikat termasuk pengiklanan.
Bermula dengan perniagaan Hot Burger bertujuan membantu anak bangsa memperbaiki kehidupan mereka, Fizo kini berjaya menubuhkan beberapa syarikat termasuk pengiklanan.
“Konsep saya ‘memberi’ dan tidak meraih keuntungan pun daripada perniagaan burger itu, namun Allah SWT beri saya rezeki daripada pelbagai sumber. Kini ada 150 gerai Hot Burger di seluruh negara.
“Saya berkongsi resipi kejayaan dengan memberi ceramah motivasi kepada orang ramai. Bagi menambah ilmu di dada, saya turut aktif menghadiri seminar orang lain,” katanya.
Walaupun kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa, sebagai anak melayu kami bangga dengan kejayaan Fizo Omar malah beliau dapat bangkit dari kegagalan masa lalu. Sesungguhnya pengalaman Fizo Omar boleh jadi pengajaran kepada anak muda yang lain.
0 comments