Wednesday, 28 October 2015

RANI KULUP DAKWA JEREBU PULIH BERKAT LAPORAN POLISNYA

02:08:00



FIGURA yang sinonim dengan jolokan Raja Report Malaysia, Abdul Rani Kulup menyifatkan fenomena jerebu teruk yang dilihat semakin pulih sejak kebelakangan ini di negara kita adalah hasil berkat laporan polis yang dibuatnya.

Rani Kulup baru-baru ini, membuat laporan meminta rakyat Malaysia memohon doa agar jerebu yang melanda negara ini berkurangan dan pulih.

"Alhamdulillah, setelah ayah buat laporan polis tempoh hari yang meminta rakyat mendoakan supaya jerebu ini dapat dihindarkan tengok jerebu di Malaysia dah kurang Ini berkat seruan ayah (Rani Kulup)" , katanya.

Dia yang popular dengan tagline #kipidap berkata demikian kepada pihak mediadi hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu,Rani Kulup yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) turut meminta supaya pihak kerajaan lebih tegas menangani isu berkaitan jerebu.

"Ayah minta kerajaan ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang membakar hutan di sana (Indonesia)"
"Selagi tak ambil tindakan orang tak takut dan ia akan mendatangkan kemarahan kepada rakyat Kita nak bakar sampah berlebihan pun tak sampai hati tapi di negara luar, mereka bebas membakar hutan" , katanya.

Sumber: Free Malaysian Today



0 comments