Tuesday, 27 October 2015

WANITA INI TELAH MELANGGAR DASAR 1 KELUARGA 1 ORANG ANAK

22:23:00



Guangzhou : Seorang wanita di China dilaporkan cuba menyerahkan tiga anak lelakinya kepada orang tidak dikenali di sini.

Wanita yang tidak dikenali itu dilihat berkeliaran di luar sebuah stesen kereta api bawah tanah di Guangzhou, selatan China, lapor akhbar People’s Daily Online.

Dia yang mendakwa ditinggalkan suaminya baru-baru ini, membawa ketiga-tiga anaknya, semuanya tidak berbaju dan menawar kepada orang ramai untuk mengambil mereka.


Wanita itu menarik tumpuan orang ramai kerana menurut dasar satu anak yang dikuatkuasakan di China, kebanyakan ibu bapa biasanya dilihat bersama-sama seorang anak.

Melihat tiga anak yang berlainan umur dengan seorang ibu atau bapa dianggap ganjil di negara itu.



0 comments