Tuesday, 24 May 2016

" SAYA BUKANNYA JENIS SUAMI YANG TAKUT PADA ISTERI "

01:44:00


★★SAYA BUKANNYA JENIS SUAMI YANG TAKUT PADA ISTERI...★★
--------------------------------------------------------------------
Saya telah mendirikan rumah tangga hampir lima tahun dengan gadis pilihan saya dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Hubungan kami mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

Sebelum mengenali isteri saya "A" saya telah berkawan dengan soerang gadis "H" yang masih belajar di dalam tingkatan lima di selatan tanah air. Walaupun pada mulanya saya meminati "H" tetapi saya terpaksa pendamkan niat saya kerana "H" masih belajar dan mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap keluarga kerana "H" merupakan anak sulung dari enam adik-beradik yang masih kecil. Saya pernah berjumpa keluarga "H" dan ibu bapanya menganggap saya seperti anaknya. Hubungan keakraban kami tidak lebih seperti seorang abang dan adik walaupun pada hakikatnya saya menyukainya dan begitu juga dengan dirinya.
Setelah bertemu dengan isteri saya "A" hubungan saya dengan "H" tidaklah seakrab dahulu. Saya tidak pernah memberitahu "H" bahawa saya sudah mempunyai teman wanita iaitu "A" kerana takut pelajarannya terganggu. Perkenalan dengan "A" tidaklah lama, dalam tujuh bulan selepas itu kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Semasa "H" baru sahaja habis menghadapi peperiksaan SPM. Saya ada memberitahu "A" bahawa saya mempunyai seorang adik angkat "H" di selatan tanah air. Begitu juga dengan "H", saya juga memberitahu saya telah berkahwin dan dia dapat menerimanya.
Walaupun pada mulanya "A" dapat menerima kehadiran "H" tetapi lama-kelamaan "A" menjadi seorang yang kuat cemburu dan pemarah di sebabkan "H" yang kerap menelefon saya. Memandangkan saya tak mahu memburukkan keadaan, saya telah meminta "H" jangan menghubungi saya dirumah sebaliknya saya memberi nombor telefon bimbit saya.
Setelah sekian lama tidak berhubung, baru-baru ini "H" ada membuat missed call di telefon bimbit saya. "A" telah memeriksa telefon bimbit saya dan dia mendapati banyak missed call. "A" bertanyakan kepada saya tetapi saya tidak tahu nombor misteri itu milik siapa kerana nombor telefon "H" saya dah lupa.
Pada suatu hari ditempat kerja, telefon bimbit saya telah berbunyi dan pemanggil misteri itu rupanya "H". Saya berbual panjang dengan "H" kerana sudah setahun kami tidak berhubung. "H" menceritakan masalah peribadinya dan sebagai seorang abang saya telah memberi nasihat dan sewajarnya. Setibanya saya di rumah "A" telah memeriksa telefon bimbit saya dan dia melihat ada received call daripada pemanggil misteri.
Apabila "A" bertanyakan kepada saya terpaksalah saya membohongi dengan mengatakan orang itu telefon salah nombor. Tujuan saya berbuat demikian adalah tidak mahu bertengkar dengan "A" kerana sekiranya dia tahu "H" yang menelefon dia akan marah dan bermasam muka dengan saya. Rupa-rupanya "A" telah menelefon nombor tersebut dan menyamar.
Akhirnya terbongkarlah rahsia saya dan dengan perasaan marah "A" telah menuduh saya penipu dan tidak menegur saya. Saya cuba menenangkannya dan menceritakan kisah sebenarnya kepada "A". Pada mulanya "A" tidak percaya tetapi setelah dipujuk akhinya "A" akur. Saya juga menerangkan saya hanya mencintai dia sahaja abukannya orang lain. Saya telah berjanji dengan "A" saya tidak akan menyembunyikan apa-apa rahsia dan akan berterus terang dalam apa jua masalah yang saya hadapi.
Disini saya ingin menyatakan bahawa saya bukanlah jenis suami yang takut pada isteri, saya cuba untuk tidak memperbesarkan masalah yang kami hadapi.
Selepas peristiwa itu saya lebih suka berterus terang dengan "A" dalam apa jua masalah yang saya hadapi dan "A" dapat memberi pendapat yang bernas dan boleh saya terima. Alhamdulillah hubungan kami suami isteri menjadi semakin erat dan rapat. Saya rasakan hubungan kami seperti pasangan yang baru bercinta.
Dari kesimpulan cerita saya, ingin saya menyatakan untuk mengecapi rumahtangga bahagia, perkongsian adalah segala-galanya, tidak kiralah berkongsi pendapat, masalah, kesedihan, kegembiraan, kekayaan ataupun kemiskinan, ia perlu dikongsi bersama..
Barulah ianya dinamakan perkongsian hidup diantara dua jiwa.
SUMBER : RP dari MAJALAH WANITA 2003

0 comments