Saturday, 21 May 2016

VIDEO Suami Kantoi Curang! Isteri Ajar Suami Dan Kekasih Di Tengah Jalan

23:55:00

KANTOI CURANG ISTERI AJAR SUAMI DAN KEKASIH DI TENGAH JALAN



Balasan lelaki curang akibatnya Luis Alberto Diaz mendapat malu besar apabila isterinya, Adalia Brinez telah menahan kenderaan yang dinaikinya bersama dengan perempuan simpanannya di tengah jalan yang sesak di Colombia.

Adalia, yang tidak mempedulikan orang di sekeliling serta bunyi hon kenderaan di belakang, telah memaki hamun Luis dan kekasihnya, Daniela Murcia.

Sorakan daripada orang ramai turut membangkitkan semangat Adalia, malah ada yang menghulurkan kayu kepada Adalia supaya memukul suaminya dan wanita itu.

Adalia turut menjerit meminta supaya wanita itu keluar dari kereta terbabit sambil menegaskan bahawa kenderaan itu adalah miliknya.

Hanya selepas lima minit barulah polis tiba namun mereka terpinga-pinga dan keadaan hanya selesai selepas ketua mereka sampai di situ.

Polis turut merampas kayu yang dipegang oleh Adalia. Ketika itu juga barulah Luis berani bersuara dan menunjukkan muka kepada polis.

Ketika itu orang ramai menjerit “suruh anjing itu keluar”.

Melihatkan kepada keadaan di mana orang ramai menyebelahi isterinya, Luis telah meminta polis mengiringinya kekasihnya bagi mengelakkan dia dipukul.

Pada masa sama Adalia cuba menarik rambut Daniela namun gagal.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Adalia, Luis dan Daniela selepas itu.



Sumber : YouTube

0 comments