Monday, 9 May 2016

TEKNIK BERKESAN : 3 Tips Penting Mengurus Duit Keluar Masuk Perniagaan

23:04:00

Pasti ramai di luar sana yang ingin tahu bagaimana cara untuk mengurus duit keluar masuk bagi sesebuah perniagaan kan? Tidak kira lah sekecil mana pun perniagaan anda, pengurusan keluar masuk duit ni amatlah penting. Di sini saya kongsikan 3 tips yang sangat mudah untuk anda semua.
Tips 1 – Buku Catatan.
Sediakan buku catatan. Guna tiga buku catatan.


Buku 1 : Duit Masuk
Dalam buku ini asingkan duit jualan masuk. Duit kutipan hutang dan duit deposit. Wajib catat setiap hari dan wajib disemak setiap hari.
Buku 2 : Duit Keluar
Pastikan segala perbelanjaan keluar direkod. Dalam buku ini asingkan juga tiga ruangan.
Ruang satu duit modal pusingan stok. Ruang dua untuk duit modal belanja harian. Ruang ketiga untuk perbelanjaan keluar wajib setiap bulan.
Buku 3 : Buku Stok
Sentiasa pastikan stok yang masuk dan keluar sentiasa dicatat. Wajib catat siapa yang bawa masuk, siapa yang bawa keluar, masuk dan keluar wajib sepadan.
Tips 2 – Gaji Sendiri.
Ambil gaji sendiri dahulu.Jika belum mampu ambil gaji bulanan, buat begini. Tetapkan gaji bulanan. Bahagikan kepada dua bahagian.
Contoh,
RM2000/2 = RM1000
Ambil gaji seribu sebagai gaji harian.
Contoh,
RM1000/20 hari. = RM50/hari.
Jadi ambil RM50 itu setiap hari ambil baki seribu lagi sebagai gaji hujung bulan.
Tips 3 – Simpan Rekod.
Sentiasa simpan dan rekod semua resit perbelanjaan. Buat walaupun itu adalah perbelanjaan peribadi. Jika rekod itu tidak disimpan, bagaimana mahu buat rujukan dan bagaiman mahu rancang perbelanjaan.
Caranya sediakan satu bekas yang ada 7 kotak. Labelkan dari hari Isnin hingga Jumaat. Kemudian setiap hari minggu atau bila-bila masa terluang masukkan dalam file.


Selepas sebulan bawa fail itu untuk diphotostat. Satu untuk disimpan. Satu lagi untuk digunakan sebagai rujukan bagi analisa dan perancangan.
Jika anda rasa tips - tips tersebur berguna, sila kongsikan dengan rakan - rakan anda, ahli keluarga anda.. Sekian, terima kasih.
SUMBER : TF

0 comments