Penyanyi Sufi AF yang sebelum ini mempunyai persengketaan dengan bapa tirinya selepas mendakwa pernah mengalami penderaan seksual mahu peminat tahu bahawa dia belum berdamai dengan lelaki itu.
Ini kerana ada pihak yang mengatakan sedemikian selepas terlihat Sufi bersalaman dengan Ariff Dollah.
Menjelaskan perkara itu kepada Harian Metro, Sufi berkata,
“Saya masih belum berdamai tetapi hanya bersikap profesional. Tiada istilah kami sudah berdamai. Takkan hanya dengan satu salam pada malam itu saya sudah memaafkan dia. Namun saya gembira dan berbesar hati apabila Arif dan rakan-rakan dari Singapura datang menyokong saya”
“Bagi saya, apa yang saya lakukan lebih kepada bersikap profesional kerana saya percaya kami pasti akan bertemu dalam mana-mana majlis hiburan. Jadi, tiada sebab untuk saya mengelak daripada berjumpa dengannya,” ujarnya.
Sudah pasti bukan mudah melupakan apa yang berlaku lebih-lebih bila melibatkan sesuatu yang menyentuh maruah diri. Namun pujian buat Sufi kerana mengaku mahu terus menjadi profesional dalam bidang ini
Sumber : HarianMetro
0 comments