BAGAIMANA NAK MERAWAT @ MENGHINDAR GANGGUAN MAKHLUK HALUS (JIN) DITEMPAT KEDIAMAN ANDA???
Tanda-tanda rumah yang diganggu makhluk jin
- Sentiasa kedengaran seperti bunyi guli bertaburan.
- Nampak kelibat lintasan di tempat kediaman.
- Sering kotor berdebu tanpa sebab. Kadang-kadang ada bau yang tidak menyenangkan.
- Sering ditindih ketika tidur.
- Panas atau sentiasa rimas kalau berada di rumah.
- Anak kecil kita sentiasa menangis di dalam rumah.
- Hilang barang atau duit.
- Bunyi-bunyi yang aneh seperti memanggil nama atau tangisan.
Bagaimana merawat rumah tersebut?
- Jangan biarkan rumah seperti kubur. Maknanya sepi dan gelap. Dengarkanlah atau baca ayat-ayat suci Al-Quran sentiasan dan amalan berzikir di rumah.
- Sentiasa terkena cahaya di ruang bilik dan ruang tamu. Jangan biarkan cahaya matahari tidak memasuki rumah di siang hari.
- Amalkan sembahyang berjemaah.
- Jaga kebersihan rumah lebih-lebih lagi di ruang bilik dan tandas.
- Jangan lupa sekurang-kurangnya baca ayat Qursi, 3 Qul dan surat At Tariq ayat 4. Apabila balik ke rumah, sentiasa memberikan salam lebih-lebih lagi jika balik lewat malam atau balik dalam keadaan kotor atau letih. Sebaik-baiknya mandi terus selepas balik, jangan terus tidur.
- Amalkan makan berkeluarga dan membaca doa sebelum makan.
- Perbanyakan bacaan 3 Qul.
Cara rawatan atau menghindarkan gangguan makhluk halus ini di dalam rumah, bacakan ayat-ayat ruqyah dan dengarkan azan sentiasa di rumah. InshaAllah.
0 comments