Monday, 14 March 2016

Awie kembali bersama Erra?

07:48:00


"Insya-Allah, kalau ada jodoh dan rezeki, apabila masalah ini selesai saya akan berkahwin," demikian kata Vokalis Wings, Awie, yang akan mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan wanita pilihannya selepas kes mahkamah membabitkan dirinya dengan bekas isteri, Rozana Misbun, 38, selesai. 

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai wanita terbabit, sebaliknya akan memaklumkan kepada umum apabila tiba masanya nanti.  
"Sebagai lelaki, saya ada naluri dan keinginan untuk berkahwin lagi demi anak-anak. Ketika ini, saya sedang berkawan dengan seseorang yang dirasakan layak untuk menjaga anak-anak saya. 

Diusik adakah wanita yang dimaksudkan olehnya itu ialah Erra Fazira yang juga gandingannya dalam filem 'Warna Cinta Impian' (tayangan 31 Mac ini), Awie hanya mampu tersenyum dan ketawa. 

"Mungkin... Masih dalam pemilihan kerana ramai calon dan saya perlu mencari yang sesuai untuk memikul tanggungjawab menjaga anak-anak saya," katanya berseloroh. 

Mengambil iktibar daripada kes yang berlaku antara dirinya dengan Rozana, Awie menganggap perkara itu sudah pun selesai selepas mahkamah memutuskan beliau memohon maaf secara terbuka kepada Rozana dan membayar kompaun RM10,000. 
Sumber : BH 


0 comments