Tak pasal-pasal tiada angin, tiada ribut nama selebriti ibu kepada dua cahaya mata ini, Diana Danielle difitnah gara-gara pengguna Facebook dengan nama Muazrin Mustapha mendakwa terlihat pelakon itu menghalau pelajar tahfiz yang mahu menjual barang kepadanya.
Namun, melalui tulisan di Instagram semalam Diana Danielle tampil memberikan penjelasan atas apa sebenarnya yang berlaku. Beliau mendakwa memang tidak membeli apa-apa daripada pelajar tersebut namun telah memberikan sedekah wang tunai.
"Kepada encik Muazrin Mustapha. Awak telah memfitnah saya secara terang-terangan.""Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu datang dekat saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah”
"Pelajar tu pula reply ‘terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya’ dan dia beredar. Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik ‘jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?'”
"Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yang saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status seperti ini lagi,” tulis Diana Danielle panjang lebar menjawab dakwaan lelaki itu.
Buat saudara Muazrin Mustapha, janganlah menilai artis ini sebegitu rupa. Kan dah dapat dosa percuma sebab memfitnah orang. Lagipun, saudara tak kenal pun Diana, baik diam sahaja dan jangan pandai pandai rakam gambar curi selebriti kemudian muat naik cerita yang tidak kena hujung pangkal. Nasib baik Diana Danielle yang baru sahaja menjadi muka baru tudung Fareeda itu pemaaf orangnya. |
0 comments