Monday, 21 March 2016

VIDEO PANAS MELAMPAU,RAJA BOMOH BUAT RITUAL PECAH TEMBIKAI

03:09:00


KUALA LUMPUR – Individu yang mengelar dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia sekali lagi mengadakan ritual ‘pelik’ dengan mengunakan buah tembikai agar fenomena panas melampau yang sedang melanda negara dapat dipulihkan.

Dalam ritual yang diadakan di ibukota pada Isnin, individu yang dikenali sebagai Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin itu bersama empat orang pengikutnya turut membacakan surah Yassin dan berdoa sebelum memecahkan lima biji buah tembikai sebagai simbolik untuk menyejukkan badan.

“Ayat Yassin dan ayat Nabi Yunus yang dibaca (tadi) adalah merupakan petua orang zaman dahulu (dan) buah tembikai (sebagai simbolik) untuk menyejukkan badan, bumi dan udara supaya (fenomena) panas yang berlaku dapat dipulihkan, semoga (dengan) petua ini dapat menyejukkan udara supaya rakyat berbilang kaum dan bangsa di Malaysia.

“Kami kumpulan Datuk Ibrahim Raja Bomoh Sedunia berdoa dengan anak muridnya untuk menyelamatkan (masyarakat) berbilang kaum dan bangsa agar cuaca panas dapat dikurangkan dengan izin Allah” ujarnya ketika ritual tersebut diadakan.

 Tengok Video Di Sini : (https://youtu.be/00wWLvb1pWY)

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok.

Ekoran daripada itu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya telah mengemukakan cadangan dan garis panduan bagi menghadapi cuaca panas melampau kepada Kabinet.

Ia membabitkan tindakan yang perlu diambil merangkumi keperluan untuk menutup sekolah, catuan air, pembenihan awan dan aspek kesihatan.

Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan sebelum ini telah mengharamkan upacara pembomohan yang dilakukan Ibrahim.

April lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak turut memutuskan dalam mesyuaratnya untuk mewartakan ritual bomoh kontroversi itu sebagai sesat dan haram.

Sumber : SuaraTV

0 comments