“Alhamdulilah, selepas lama berkenalan, akhirnya hubungan kami akan ke jenjang pelamin. Saya sudah bersedia bergelar isteri dan mengharapkan majlis berjalan dengan lancar,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Jihan, majlis persandingan akan berlangsung di lokasi berasingan di Shah Alam, pada 27 Mac ini. Sebelum ini, Jihan lebih selesa mengunci mulut mengenai perkahwinan mereka.
Apa pun semoga segala persiapan menghadapi hari pernikahan berjalan dengan lancar. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berinai berlangsung.
Gambar Ihsan: Project2pi
0 comments