KETAM BLACK PEPPER SEDAP
Bahan - bahan :
Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
1 genggam biji lada hitam -tumbuk
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji bawang putih – potong halus
halia sebesar ibu jari – mayang halus
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
sedikit minyak untuk menggoreng
1 pokok daun bawang
1 pokok daun ketumbar
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
Cara - cara :
Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu
Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram
Kacau dan masukkan sedikit air
rasakan garam dan gula
bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.
Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
Bila dah masak, tutup api . Taburkan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan
Credit: Sawanila
Ketam Masak Merah
Bahan-bahan :
6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Cara-cara :

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.
Credit : DayangJack
KARI KETAM MASALA
Bahan - bahan :
2 kg Ketam dibersih dan di belah dua jika besar.
2 sudu besar Rempah Massala (biji ketumbar, jintan, kayu manis,bunga lawang,buah pelaga) disanggar dan di tembuk halus.
3 sudu besar bawang kisar
6 biji cili api – ditumbuk halus/Cili kisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar serbuk kari daging
1 inch halia di kisar
1/2 inch kunyit hidup di kisar
2 batang serai dititik
3 sudu besar santan pekat (Krim santan)
1 cawang air
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
Minyak untuk menumis
Cara - cara :
Panaskan minyak dikuali, letakan serai yang di titik,bahan2 yang di kisar dan serbuk rempah massala dan 1 batang kayu manis. Biarkan ia goreng sebentar di dalam minyak hingga, bangkit aroma nya kemudian letakan serbuk kari dan gaulkan biar sebati.
Tuangkan krim santan dan air secawan. Masukan ketam2 dan gaulkan bersama rempah kuah kari. Taburkan daun kari dan sedikit garam secukup rasa.
Tutupkan tudong periok, kecilkan api, biarkan ia masak dalam 8mins. Kuah nya biarkan pekat sedikit. Sajikan dengan nasi putih panas.
Credit: Chef Joha Hassan

KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan - bahan:
3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
Cara - cara :
Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Tips:
Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.
Credit: che nom resepi

KETAM MASAK CILI
Resepi Ketam Masak Cili
Bahan - bahan :
Resepi Ketam Masak Cili
Bahan - bahan :
1kg ketam bunga
serbuk kunyit
garam
minyak untuk menggoreng
BAHAN A:
cili kering (rendam dan kisar)
bawang besar
bawang putih
1cm halia
1 tangkai serai
BAHAN B:
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
garam dan gula secukup rasa
Cara - cara :
Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam. Kemudian gorengkan ketam. Dengan mengunakan minyak yg sama (minyak mengoreng ketam), tumis bahan A hinga naik wangi. Masukan bahan B dan tumiskan sehingga pecah minyak. Masukan ketam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN.
Credit: cikgu azli
MEGGI KETAM MARVELLOUS
Bahan - bahan :
1 paket mi maggi perisa kari, asingkan perencahnya
1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daun
1 biji telur
1 ekor ketam bunga, cuci bersih dan kerat 2
1 camca besar sambal tumis
1/2 camca besar sos cili
1/4 camca teh serbuk lada hitam
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Limau kasturi, belah 2, untuk hiasan
Sebiji tomato ceri, dibelah 4, untuk hiasan
Cara - cara :
Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1 camca besar), tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, tambah sambal tumis dan sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna (kurng lebih 5 minit). Angkat ketam tadi dan ketepikan.
Masukkan telur dan kecilkan api, masak hingga telur mengeras. Tambah batang sawi dan mi maggi, kacau perlahan dan masak hingga mi lembut. Masukkan serbuk lada hitam dan daun sawi, kacau rata dan masak sekejap. Jika suka kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air.
Tuang mi maggi ke dalam mangkuk yang sesuai, letakkan ketam tadi atasnya, tabur dengan hirisan daun sup dan cili merah.
Letak limau kasturi dan hidangkan segera. Sedap dimakan panas...meleleh air liurr!!!....hmmm..
Credit: che mat gebu
0 comments