Kini sedang kecoh di media sosial dengan hashtag #spm2015, #sejarah, ‘sejarah’ terutama di kalangan pelajar tingkatan 5 apabila mereka mengutarakan rasa penat dan mengulas perihal soalan peperiksaan setelah selesai menjawab kertas subjek Sejarah.
Seramai 440,682 orang pelajar dan calon persendirian telah berdaftar untuk peperiksaan SPM 2015 yang sedang berlangsung dari 2 November hingga 8 Disember di 3,501 pusat peperiksaan telah selesai menjawab ketiga-tiga kertas subjek Sejarah semalam.
Rasanya semua orang akan mengakui telah melalui situasi rasa nak pecah kepala ketika menjawab kertas subjek Sejarah apabila didapati beberapa soalan sangat menduga akal mereka.
Pelajar tingkatan 5 mesti lulus subjek Sejarah supaya layak menerima Sijil Pelajaran Malaysia ini merasakan ia adalah kertas peperiksaan paling mencabar di dalam SPM 2015 walaupun ada situasi yang hampir sama berlaku di dalam subjek Bahasa Inggeris.
Pelajar perlu menulis selama 3 jam berterusan bagi menjawab soalan dengan jawapan yang komprehensif supaya dapat memperolehi markah penuh, turut dituntut memahami soalan dengan pantas dan menjawab dengan kreatif dan kritis.
Harap-harap para pemeriksa faham dengan hasil tulisan 3 jam ini. Semakin kurang masa yang tinggal untuk jawab soalan, semakin teruk tulisan para calon.
Ini adalah 5 soalan kertas Sejarah yang diperkatakan oleh calon-calon SPM 2015.
Cuba anda baca dan jawab soalan-soalan ini. Susah ke?
1. Ulas lagu nasyid hijrah
2. Ramal masa depan
3. Ini soalan atau pernyataan
4. Semangat jawab tapi belum tentu betul
5. Siapa Ferdinand Magellan
Rata-rata menyatakan soalan-soalan yang diberikan bukanlah untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka, sebaliknya ia adalah soalan-soalan yang tidak rasional.
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
Pelajar perlu mengemukakan sebanyak mana yang boleh pendapat dan idea mereka untuk soalan sebegini kerana skema pemarkahannya ialah mana-mana jawapan yang munasabah akan mendapat markah. Jadi pelajar bergantung kepada common sense berbanding fakta sejarah.
Apabila soalan berbentuk KBAT yang diharapkan keluar tidak menjadi nyata atau soalan KBAT tidak berapa nak KBAT sangat, malah soalan sebenar yang perlu dijawab adalah di dalam bentuk fakta, kebanyakan calon SPM 2015 jadi terkesima.
Oh ya! Ini yang berlaku di dalam kertas 1 dan 2 Bahasa Inggeris SPM 2015.
0 comments