Monday, 16 November 2015

KALAU TAKDE BERAS LANGSUNG SAYA BERIKAN MEREKA UBI KENTANG YANG DIGORENG DENGAN BAWANG

01:46:00



Dek kerana suami yang bersikap cemburu terlampau, seorang wanita hidup menderita selepas ditinggalkan suami September lalu.

Salina Ahmad menyatakan kehidupannya dihimpit kepayahan dalam menyara lima anak yang berusia tiga hingga sembilan tahun, apatah lagi sedang mengandung anak keenam.

Menurutnya, kesabarannya sudah benar-benar teruji selepas hampir 10 tahun hidup terseksa mental dan fizikal kerana sikap suami yang bukan sahaja panas baran dan terlalu cemburu, malah gagal dalam menyediakan kewangan keluarga.

“Saya tertekan hidup kami dalam serba kekurangan kerana dia bekerja tidak menentu, tetapi menuduh saya curang dengan lelaki lain apabila saya ingin bekerja membantu menambah pendapatan keluarga.
“Saya akhirnya hilang sabar selepas dia mendesak melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan telanjang bulat di depan anak-anak pada malam hari raya haji lalu.
“Dia marah sehingga melafazkan cerai apabila saya menolak kemahuannya dan enggan kembali ke pangkuannya walaupun sesekali datang menjenguk anak-anak,” katanya.

Mereka enam beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada punca pendapatan selepas gagal mendapat pekerjaan disebabkan sedang hamil tujuh bulan.

Rumah pusaka yang didiami juga bukan sahaja bocor, malah menanti untuk roboh selepas sebahagian besar dinding sudah dimakan anai-anai.

“Saya hanya mengharap belas ihsan ayah yang sudah tua menghulurkan makanan sehingga kadang-kala anak-anak saya hanya makan nasi berkuahkan minyak masak.
“Kalau tak ada beras langsung saya berikan mereka ubi kentang yang digoreng dengan bawang atau jemput-jemput pisang untuk mengisi perut.
“Saya merayu supaya diberikan tempat tinggal kerana saya sebenarnya takut tinggal di rumah ini. Lagipun saya mahu memulakan hidup baharu dengan bekerja untuk menyara anak-anak saya selepas bersalin nanti dan berpeluang menghantar anak-anak ke sekolah,” tambahnya lagi.

Sumber: nerwai


0 comments