Friday, 6 November 2015

INI JAWAPAN PESAKIT YANG DIANGGAP LUCU DAN BODOH OLEH DOKTOR

04:40:00

 Gambar Hiasan
Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada pengalaman Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir. Beliau menerangkan doktor juga menghadapi pelbagai karenah pesakit. Dengan izin beliau, kami paparkan disini buat manfaat semua.
Dengar soalan dari doktor yang dianggap tak patut atau salah, terus type dan upload dalam facebook. Siap maki hamun bagai sambil kata doktor tu bodoh dan bingai. Berduyun-duyun orang ramai mai dan join untuk maki doktor secara berjemaah. Apa salahnya tanya dulu apa maksud doktor bertanya demikian?

Kami pun banyak pengalaman dapat jawapan-jawapan lucu dari hangpa (pesakit).

Contoh 1:

Soalan: Dah berapa hari awak demam?
Jawapan: Sejak saya balik dari kampung nenek saya.

*Macam la kami ni pemandu bas ekspress yang bawak dia balik kampung. Mana la kami tau bila dia balik kampung?*

Contoh 2:

Soalan: Sejak bila puan ada sakit dan pendarahan macam ni?
Jawapan: Sejak saya bersama dengan suami saya hari tu doc.

*macam la kami ni tau bila hangpa kondang kondeng. Bagilah jawapan spesifik*

See…kalau kami nak bahan…lagi macam-macam benda lawak kami boleh tulis kat fb.

Tapi kami professional. Kami bertanya lebih lanjut lagi bila anda balik kampung, bila anda kondang kondeng dan sebagainya hingga jawapan yang pasti kami perolehi.

Tapi Hgpa? Doktor tanya, “Encik sakit apa?”

Hangpa jawab kami macam ni, “You kan doctor. You lah bagitau i apa sakit i. Kalau i tau i sakit apa, takde lah i nak mai jumpa u kat spital”.

Kisah benar beb! Jawapan tu memang real! Kawan2 spital aku boleh tambah2 pengalaman depa.

Baca: Tip Penting Sebelum Anda Berjumpa Doktor Untuk Dapatkan Rawatan

Mari kita lihat apa yang dikongsikan oleh kawan-kawan doktor ini di ruang komen post Facebook Dr. Abdul Rahman.

Apabila ahli keluarga meluru ke kaunter jururawat dan bertanya keberadaan orang tersayang mereka, mula detik-detik pengaruh drama Melayu:


Apabila sakit, pesakit salahkan angin sehingga doktor pula naik angin. Sabar. Sabar.


Pesakit mengadu kena buatan orang. Ini antara senario yang dihadapi doktor.



Tapi ini soalan biasa disoal oleh doktor diawal perbualan antara doktor-pesakit. Agak memeningkan nak jawab sebab soalan terbuka. Keliru nak jawab ‘recently‘ atau bila ia mula berlaku.


Haha! Tapi ada juga yang jawab begini. Pening doktor.

Ada juga pesakit meminta doktor baca sahaja rekod perubatan mereka. Tak usah ditanya. Rekod fail itu kan ada.

Tapi pesakit bukan sengaja jawab begitu. Mungkin mereka lupa atau kurang faham dengan apa yang dihadapinya. Malah, mungkin juga sudah berlarutan lama penyakit dan kesengsaraan yang dialaminya. Tidak mahu diingati kerana ia menyakiti.

Jika tak sakit atau tahu cara ubati sendiri, pasti tidak ketemu doktor. Beratur dan menunggu lama giliran bukanlah satu hobi yang diminati ramai. Ada pula yang tak boleh nak terima apabila ia dikaitkan dengan alam ghaib. Nak kena sekali, baru tahu erti penyesalan.

Gelakkan medical history pesakit. Walaupun nampak lucu, beringatlah orang itu sedang alami dugaan. Bahagian kita belum tahu lagi.

Tapi lagi tak elok apabila jawapan pesakit dianggap sebagai satu jawapan bodoh oleh doktor. Lepas ini pesakit kena berhati-hati bercakap dengan doktor, risau dilabel bodoh. Sedangkan doktor tak ingat yang dirinya juga manusia dan ada kebodohan sendiri.

Sungguh mengecewakan dengan kata-kata sedemikian. Benarlah tiada manusia yang sempurna dan doktor juga manusia biasa.

Tapi pesakit kena faham, ini semua luahan rasa doktor yang penat. Mereka juga manusia yang mempunyai had-had tertentu dan kepayahan dalam menggalas kerjaya ini. Jika pesakit rimas dengan bertubi-tubi soalan oleh doktor, doktor juga rimas dengan jawapan-jawapan pesakit yang tidak membantu mereka dalam mengenalpasti penyakit pesakit.

Walaupun begitu, ada juga doktor yang sedar luahan itu seperti ejek-ejekan kepada pesakit. Sebaik-baiknya bersabarlah kerana kerja dalam perkhidmatan yang perlu menghadapi pelbagai ragam manusia kerana ia adalah sebahagian daripada pengalaman kerja.


Kerjaya sebagai seorang doktor ini penuh dengan cabaran dan tanggungjawab yang berat kerana ia melibatkan nyawa dan kesihatan manusia. Maka, tekanan itu tinggi lebih-lebih lagi apabila bekerja lebih masa (contoh: on-call). Dalam masa yang sama mereka juga manusia, bukan robot. Jadi, tidak pelik apabila mereka menyatakannya sebegitu.

Disebabkan itu digalakkan pesakit perlu bantu doktor dengan permudahkan kerja mereka dan mengucapkan terima kasih apabila selesai dirawat. Ia satu booster buat doktor walaupun pesakit nampak itu seperti satu tindakan yang kecil. Malah, apabila saling memberi dan menerima kebaikan, pastinya saling dihargai dan tercetus memori yang baik-baik antara doktor-pesakit.

0 comments