Friday, 6 November 2015

TIPS PENJAGAAN KERETA PALING MINIMUM KHAS UNTUK KAUM HAWA

04:42:00

Gambar Hiasan

Sekarang ramai wanita yang mampu membeli kereta yang kadang-kadang menakutkan kaum lelaki bila nak memikat mereka tetapi semua itu adalah mengikut kemampuan masing-masing. Walaubagaimanpun aku akan berikan apakah penjagaan yang minimum yang perlu dibuat apabila kaum hawa ini menggunakan kereta.
  1. Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba tawaf kereta korang. Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang member aku, terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi member aku tu pun terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.
  2. Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup. Pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Adelah member aku tu pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia pun berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.
  3. Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang aku ckp tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.
  4. Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja ke,kolej ke, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.
  5. Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama yang pakai contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.
  6. Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta korang, terutama kusyen kereta(cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).


Nampak macam susah kan untuk dilakukan. Mula-mula memang  susah.

0 comments