Wednesday, 11 November 2015

SHENTY FELIZIANA SUDAH MAAFKAN SYAZWAN ZULKIFLY KERANA MEMUKULNYA

20:23:00



Baru-baru ini pelakon Syazwan Zulkifly menyatakan hasrat untuk bersara dari dunia lakonan kerana satu peristiwa, namun tidak dapat dipastikan apa sebenarnya peristiwa tersebut. Pelakon itu juga memuat naik status di Instagram menyatakan rasa rindu pada Shenty Feliziana, pelakon dan pengacara yang dikaitkan dengannya.

Melalui BH Online, Shenty mengakui dirinya telah dikasari seorang pelakon lelaki namun begitu sudah memaafkannya. Kejadian dikasari itu berkaitan dengan satu gambar wajah Shenty berada dalam keadaan tercedera bulan lepas yang dihantarnya kepada BH. Susulan kejadian itu, Shenty telah membuat laporan polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober untuk keselamatan dirinya.

Ketika kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.

Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekandan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan.

Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis.

Shenty bagaimanapun telah menarik balik laporan polis terhadap pelakon lelaki tersebut.

Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung.

Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.

Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya.

Shenty mengakui merasa trauma dengan kejadian itu dan juga enggan dikaitkan lagi dengan pelakon itu:

Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan pelakon itu. Hubungan kami masih pada tahap perkenalan kerana selagi tak berjumpa keluarga dan tiada ikatan, apa sahaja boleh terjadi.

Saya datang Malaysia kerana mahu mencari rezeki dan saya tak ada langsung berniat mahu meraih simpati atau mendapatkan perhatian seperti ini.

Buat pengetahuan anda, Syazwan sememangnya ialah salah seorang pelakon utama untuk drama 2000KM ke Al Haram. Spekulasi yang tersebar di alam maya ialah, pelakon yang dimaksudkan ialah Syazwan.

Jika benar, ia sepatutnya tidak berlaku kerana seorang lelaki tidak sepatutnya naik tangan pada seorang perempuan khususnya berkait dengan hal percintaan dan perhubungan. Itu tidak gentleman namanya. Setakat ini Syazwan belum memberi kenyataan mengenai perkara ini. Kita tunggu saja perkembangan selanjutnya.

Jom saksikan bangsawan “Sumpahan Nujum Perawan” pada 13, 14, dan 15 November ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara onTuesday, 10 November 2015

Sumber : Beautifulnara

0 comments