Berada seperti dalam kurungan penjara di sebalik tirai besi sambil menikmati juadah…..merupakan perkara pelik, sukar dibayangkan bagi sesetengah individu.
Berbeza dengan tiga beradik ini dalam mengatur langkah membuka perniagaan makanan dan minuman, apabila memilih konsep penjara sebagai tema utama café mereka yang terletak di Jalan Dhobby, Johor Bahru.
Lokap Cafe mencetuskan kelainan dalam konsep cafe di Malaysia kerana menggunakan konsep ‘tirai besi’ dari segi hiasan sehingga ke menu makanan. Kesan cahaya yang digunakan di cafe ini agak suram dan ‘lokap’ yang terdapat di cafe ini menambahkan lagi suasana seram sama seperti di penjara. Lokap Cafe juga satu-satunya cafe yang menggunakan konsep penjara di Malaysia!
Bagi menambah lagi ‘feel’ seperti di penjara, hidangan makanan di sini menggunakan dulang aluminium dan anda juga boleh menconteng pada dinding cafe ini menggunakan kapur yang disediakan sebagai kenang-kenangan dan merasai sendiri pengalaman berada dalam tirai besi.
Di sebalik suasana yang unik, menu makanan yang dihidangkan amat lazat dan pada harga yang berpatutan. Antara menu yang menjadi pilihan kami ialah Murder Burger, Lobster Tom Yam, Kuey Tiaw ketam dan Meat in Bread.
Terdapat juga menu lain yang ditawarkan seperti chicken chop, pasta, meatloaf, mee asam pedas dan banyak lagi pilihan sesuai untuk seisi keluarga.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri pengalaman unik ini boleh berkunjung ke Lokap Cafe di:
No. 11 Jalan Dhoby 80000 Johor Bahru, JohorWaktu Operasi: 5 petang – 12 malam setiap hari kecuali IsninLaman Facebook / Instagram: Lokap CafeTelefon: +6012-797 0440
0 comments