Sunday, 1 November 2015

KISAH BENAR..!! PULAU TERSEMBUNYI DI SEMENANJUNG MALAYSIA YANG RAMAI TIDAK SEDAR AKAN KEWUJUDANNYA....

06:12:00



Pasti ramai tidak mengetahui akan kewujudan Pulau Perak ini yang merupakan kawasan yang amat cantik di persempadanan negara di utara semenanjung Malaysia.

Pulau Perak atau juga dikenali sebagai Tukun Perak ialah sebuah pulau tersembunyi kecil yang berdiri daripada sebongkah besar batuan granit kurang satu km persegi di perairan Selat Melaka, Kedah, Malaysia yang merupakan kawasan Paling Barat Dan Paling Hujung semenanjung.




Kedudukan Pulau Perak ialah Latitude: 5 42 0 N, Longitude: 98 55 60 E, iaitu lebih kurang 45 minit penerbangan dengan Nuri dari TUDM Butterworth.
Pulau Tersembunyi Terletak Di Kawasan Paling Barat Dan Paling Hujung Semenanjung Malaysia
Pulau Tersembunyi Terletak Di Kawasan Paling Barat Dan Paling Hujung Semenanjung Malaysia
Pernah dikaitkan dengan peristiwa MH370 dan sebuah helikopter Nuri pernah terhempas di sini.

Selain berfungsi sebagai pusat pengawasan sempadan, pulau ini juga berperanan sebagai tempat pelindungan dan pembiakan habitat marin di Selat Melaka. Kemudahan yang ada di Pulau Perak ini adalah hanya mempunyai sebuah rumah api dan tempat radar HF Maritim Malaysia(agensi perkapalan Kerajaan Malaysia).

Pulau Tersembunyi Terletak Di Kawasan Paling Barat Dan Paling Hujung Semenanjung Malaysia
Untuk ke puncak pulau ini terpaksa mendaki lebih kurang 400 anak tangga.
Bayangkan beban yang terpaksa ditanggung untuk memindah rangsum/bekalan, seperti air/bahan api dalam jerry cans, rangsum basah dan kering iaitu dari jeti ke tempat penginapan di atas bukit.

0 comments