Monday, 9 November 2015

THE KABIN: NIKMATI PENGALAMAN UNIK BERMALAM DI DALAM KONTENA TERPAKAI

19:38:00

Masih mencari tempat bercuti nak bawa keluarga isi masa lapang sempena cuti Deepavali ini?
Di sini kami kongsikan satu lokasi menarik untuk anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang mungkin inginkan percutian singkat untuk mengisi masa lapang keluarga di samping merasai pengalaman unik bermalam di dalam kontena yang diubahsuai menjadi bilik yang sangat eksklusif.

Terletak di Pantai Remis dalam daerah Kuala Selangor, The Kabin adalah merupakan satu “container-type boutique resort” yang bertemakan “kembali kepada alam sekitar”. Lokasi The Kabin yang terletak jauh dari pinggir kota menjadikannya satu tempat yang sesuai untuk anda yang mahukan ketenangan dan kedamaian dari kesibukan kota.


Berikut adalah senarai bilik yang disediakan di The Kabin. Nama bilik di sini agak unik kerana dinamakan sempena nama-nama bandar di seluruh dunia!

DURBAN :

Bilik maksimum untuk 2 orang dengan 1 katil saiz Queen, 1 bilik air dan balkoni persendirian
(Premium Swimming Pool View)
Promo Rate : RM190
Peak Rate : RM240

SANTOS / BALBOA :

Bilik maksimum untuk 4 orang dengan 1 katil saiz Queen dan 2 katil bujang, 1 bilik air dan balkoni persendirian dengan meja makan dan kerusi.
(Premium Swimming Pool View)
Promo Rate : RM290
Peak Rate : RM340

LONG BEACH / VANCOUVER :

Bilik Atas (Upper Unit) maksimum untuk 4 orang dengan 4 katil bujang, 1 bilik air dan balkoni persendirian dengan meja makan dan kerusi.
(Premium Swimming Pool View)
Promo Rate : RM290
Peak Rate : RM340

SHANGHAI / SINGAPORE / SHARJAH :

Bilik Bawah (Lower Unit) maksimum untuk 4 orang dengan
1 katil Queen dan 2 katil bujang, 1 bilik air dan balkoni persendirian dengan meja makan dan kerusi.
Promo Rate : RM260
Peak Rate : RM310

BUSAN / KEIHIN / KELANG / HO CHI MINH/ COLUMBO / MELBOURNE :

Bilik maksimum untuk 4 orang dengan 4 katil bujang, 1 bilik air dan balkoni perkongsian dengan meja makan dan kerusi.
Promo Rate : RM290
Peak Rate : RM240

FELIXSTOWE / HAMBURG / ATWERP :

Bilik maksimum untuk 6 orang dengan 1 katil saiz Queen, 4 katil bujang, 2 bilik air dan balkoni persendirian dengan meja makan dan kerusi.
Promo Rate : RM390
Peak Rate : RM440

ROTTERDAM :

Bilik maksimum untuk 6 orang dengan 1 katil saiz Queen, 4 katil bujang, 2 bilik air dan balkoni persendirian dengan meja makan dan kerusi.
(Premium Swimming Pool View)
Promo Rate : RM440
Peak Rate : RM490


Walaupun konsep “hotel kontena’” ini sudah popular di beberapa negara luar dan masih baru di Malaysia tetapi The Kabin berjaya mempersembahkan konsep ini dengan sangat baik. Kami yakin The Kabin adalah salah satu destinasi ‘escapism’ yang sangat sesuai untuk anda bawa keluarga keluar dari hiruk-pikuk kota – sesuai dengan temanya ESCAPE COMPLETELY! - MAKINVIRAL.COM

The Kabin, Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram , Kuala Selangor, Malaysia
GPS Coordinate: 3.195 N, 101.307 E
info@thekabin.com.my
+603-3264 0578 (The Kabin Front Desk)
www.thekabin.com.my
www.facebook.com/thekabinmalaysia (The Kabin)
www.instagram.com/thekabin (thekabin)




0 comments