Kuala Lumpur – Bekas suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan akan membayar RM30,000 kepada pelakon wanita itu yang berjaya mendapat tuntutan mutaah seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Memetik laporan mStar online, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata dia akan membayar sekali gus wang berkenaan dan enggan berhutang apa-apa dengan wanita itu.
Bagaimanapun bintang bola sepak kebangsaan itu memberitahu setakat ini dia belum menerima sebarang surat dari mahkamah untuk membuat pembayaran itu.
“Mahkamah sudah pun memberi perintah tersebut. Maka saya akan bayar. Lagipun saya tak pernah cakap tak mahu bayar. Kalau tak bayar, maksudnya saya dah langgar perintah mahkamah.
“Saya akan bayar habis (sekali gus) dan tidak mahu berhutang apa-apa lagi dengan dia,” katanya.
Tambahnya, dia masih lagi menjalani tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan memberi nafkah wang kepada anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia empat tahun.
Pada 4 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil membayar kepada bekas isterinya sebanyak RM30,000 daripada tuntutan sebenar dibuat Rita iaitu RM300,000.
Tuntutan mutaah bermaksud pemberian harta (sagu hati) yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan.
VIDEO : Rita Rudaini: Maruah Saya & Anak Anak Tak Boleh Dibayar Dengan Wang Ringgit
0 comments